Wednesday, 13 March 2013

Log Subjek


LAPORAN RINGKAS (LOG) BAGI SETIAP MATA PELAJARAN


Laporan ringkas (log) bagi setiap matapelajaran yang terlibat dalam program bridging PPS
sesi 1 Tahap 11

TEKNOLOGI MAKLUMAT




Prof Madya Dr. Shahrizal Sunar

Subjek ini memperkenalkan cara-cara mengoperasikan Microsoft Office seperti microsoft words, excel dan power point di samping menyentuh tentang etika profesional dan juga etika penggunaan email dan internet serta kaedah mengatasi ancaman virus dan pencerobohan. Melalui aplikasi Microsoft Office, penggunaan asas seperti membuka dan mencipta dokumen, menyimpan dokumen, setting dalam susun atur halaman muka, pengendalian dan memformat teks dan paragraph, memasukkan muka surat, pengendalian grafik, merangka dan mengendalikan jadual serta menyediakan persembahan dokumen tersebut melalui slide (powerpoint) akan dibincangkan di dalam kursus ini. Selain daripada itu, pencarian maklumat melalui search engine, komunikasi melalui blog dan forum, chat seperti skype dan yahoo messenger, social networking seperti dropbox, facebook, twitter dan email seperti gmail dan hotmail juga akan diketengahkan melalui kursus ini. Sebagai pengguna ICT, subjek ini akan menekankan isu pemilikan dan hakcipta perisian, keselamatan melalui ancaman virus, worm dan trojen horse, salahlaku dan penggodaman rangkaian internet dan komputer.

KIMIA


Prof. Dr. Abdul Rahim Yacob

Kursus ini adalah gabungan subjek kimia utama iaitu asas kimia inorganic, asas kimia fizik, asas kimia analisis dan asas organic. Asas kimia inorganic & analisis merangkumi tajuk berkaitan struktur atom, siri spectrum, teori atom Bohr dan ikatan kimia. Manakala asas fizik kimia pula merangkumi tajuk berkaitan keadaan gas, teori kinetik gas dan keadaan pepejal. Asas kimia organik pula meliputi pengenalan asas sebatian organic, ikatan, formula struktur dan keinsomeran.

BIOLOGI


Dr. Alina Wagiran             Dr. Fadzilah Manan

Mendedahkan perkara berkaitan pengetahuan biologi asas. Ianya bertujuan memaksimumkan pemahaman dalam tajuk-tajuk biologi antaranya ialah genetic populasi, fotosintesis dan respirasi.Antara tajuk-tajuk lai  adalah berkaitan pengkhususan dan perkembangan sel,genetic perwarisan dan molecular.

FIZIK


Prof Madya Dr. Karim Deraman

Memperkenalkan ilmu fizik berkaitan kuantiti fizik iaitu kuantiti asas, kuantiti terbitan, symbol dan unit SL. Di samping itu, ia juga menjelaskan berkaitan keadaan jirim iaitu pepejal, cecair dan gas dan proses perubahan fasa jirim serta konsep tenaga.

GEOLOGI


Prof Madya Dr. Radzuan Junin

Geologi mengetengahkan tentang konsep batuan, mineral dan fosil. Ia juga memperkenalkan kaedah analisis peta geologi, skala waktu geologi, topografi dan gilapan mineral bijih serta arang batu.


Video Lawatan