LAPORAN RINGKAS (LOG) BAGI SETIAP MATAPELAJARAN
Laporan ringkas (log) bagi setiap matapelajaran yang terlibat dalam
program bridging PPS sesi 1 Tahap 11
TEKNOLOGI MAKLUMAT
Prof
Madya Dr. Shahrizal Sunar
Sebagai pengguna ICT, kursus ini
juga akan menekankan isu pemilikan dan hakcipta perisian, keselamatan melalui
ancaman virus dan Trojan horse. Ia juga mendedahkan kita mengenai blog,
kegunaannya dan manfaat nya kepada kita. Selain itu, kita juga diajar
mewujudkan dropbox, cara menggunakannya dan kelebihan serta manfaat dropbox.
KIMIA
Prof.
Dr. Abdul Rahim Yacob
Kursus ini adalah gabungan subjek
kimia utama iaitu asas kimia inorganic, asas kimia fizik, asas kimia analisis
dan asas organic. Asas kimia inorganic & analisis merangkumi tajuk
berkaitan struktur atom, siri spectrum, teori atom Bohr dan ikatan kimia.
Manakala asas fizik kimia pula merangkumi tajuk berkaitan keadaan gas, teori
kinetik gas dan keadaan pepejal. Asas kimia organik pula meliputi pengenalan
asas sebatian organic, ikatan, formula struktur dan keinsomeran.
BIOLOGI
Dr.
Alina Wagiran Dr. Fadzilah
Manan
Mendedahkan perkara berkaitan
pengetahuan biologi asas. Ianya bertujuan memaksimumkan pemahaman dalam
tajuk-tajuk biologi antaranya ialah genetic populasi, fotosintesis dan
respirasi.Antara tajuk-tajuk lai adalah berkaitan pengkhususan dan
perkembangan sel,genetic perwarisan dan molecular.
FIZIK
Prof Madya Dr. Karim Deraman
Memperkenalkan ilmu fizik berkaitan
kuantiti fizik iaitu kuantiti asas, kuantiti terbitan, symbol dan unit SL. Di
samping itu, ia juga menjelaskan berkaitan keadaan jirim iaitu pepejal, cecair
dan gas dan proses perubahan fasa jirim serta konsep tenaga.
GEOLOGI
Prof
Madya Dr. Radzuan Junin
Geologi mengetengahkan tentang
konsep batuan, mineral dan fosil. Ia juga memperkenalkan kaedah analisis peta
geologi, skala waktu geologi, topografi dan gilapan mineral bijih serta arang
batu.